Wednesday 30 November 2011

Datinggg~


Bersedekahlah~

Bercakap pasal bersedekah ni, saya teringat dengan sorang kawan. . .
locati0n : Tesco Kuala Selangor. (boikot k0wt..huhu)
situasi   : Tengah kitorang lepak-lepak kat tempat makan sambil menikmati smo0thie yang amat enak..huhu, tiba-tiba datang seorang makcik minta sedekah dari kami semua. Aku tengok makcik 2 sehat jer, mampu jer berjalan.. takde kecacatan p0n.. So, aku ambil keputusan untuk tidak bersedekah kepada makcik 2 sebab aku takut dengan sumbangan aku 2 menjadikan dia lebih malas sedangkan fizikalnya mampu bekerja. Kan rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud :
Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ
“Terus-menerus seseorang itu suka meminta-minta kepada orang lain hingga pada hari kiamat dia datang dalam keadaan di wajahnya tidak ada sepotong dagingpun.” (HR. Al-Bukhari no. 1474 dan Muslim no. 1725)

Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang
meminta-minta harta orang lain untuk dikumpulknnya maka sungguh dia
telah meminta barak api jahannam, maka hendaklah dia mempersedikitnya
atau memperbanykanya”. (Shahih Muslim: 2/720 no: 1041)

Tapi, sorang kawan aku ni beri juga wang kepada makcik 2, Then dia cakap.. takpe, aku sumbang jer, mungkin dia memang betul-betul memerlukan. Hal-hal lain 2 urusan dia dengan Allah.

Hee hehe~ betul jugak cakap kawan aku tu...

Ziarahlah~


2 Mata


Bbq Party Timeee~


Yeay.. 14 Mei 2011 amat bermakna buat aku and dak-dak SKDML batch 20o5.huhuhu~ Bbq Party.Sebenarnya aktiviti ni da lama.Tapi memandangkan aku baru ade blog, s0, aku barula nak tulis kat sini.huhuhu~ Reunion ni kawan aku (Aminuddin) yang rancang & buat kat rumah dia jer.. Wlaupon tempat takde la gempak mane, tapi bagi kitorang semua memang seronok la.. lagi-lagi dapat kump0l ramai-ramai lepas 5 tahun tak bersua muka. Certain jerla 5 tahun tak jumpa p0n..huhu. Rumah dia da la tepi jalan, memang orang yang lalu lalang pandang jerla..hahaha~ ser0nok kot.

 

Khusyuk masing-masing tengah bakar ikan, ayam and bla.. blaa.. blaa.. Yang aku pulak seb0k ambil gambar diorang jer.. haha. (makan jer ta0, tol0ng taknak.. ngee~)


ermm.. ni sebahagian jerla gambar-gambar aktiviti kitorang tu. Yang banyak-banyak selamat dalam pendrive aku jer.. Yerla, mana boleh tayang banyak-banyak.. Over la 2 namenye..huhu..




Lama jugak kitorang punya party tu.. dari pukul 8.00 pm sampaila 11.45 pm.. 2 pon sebab dak-dak pompuan dah bising tak boleh lama sangat.. nanti parents risau.. yerla, parents mana tak risau kalau anak dara diorang keluar dan tak balik-balik rumah padahal dah nak dekat tengah malam tu..


 




"Apabila malam telah datang (setelah matahari tenggelam), tahanlah anak-anak kalian, karena setan bertebaran ketika itu. Apabila telah berlalu sesaat dari waktu 'Isya lepaskanlah (biarkanlah) mereka, tutuplah pintumu, dan sebutlah nama Allah (mengucapkan bismillah)..."
(HR. Al-Bukhari No. 3280 dan Muslim No. 2012). 

Memanglah hadis ni membenarkan keluar waktu selepas isya', tapi kalau dah namanya anak dara tu.. tetap tak manis kalau tengah-tengah malam baru nak balik rumah. So, memandangkan kitorang semua dah tak sabar nak balik, tuan rumah pon ajak kitorang semua ambil hadiah masing-masing ikut nombor yang dah kitorang ambil time mula2 datang tadi. Then, lepas ambil hadiah.. kitorang semua berkump0l dalam rumah and then, lepas buka majlis & baca doa, tuan rumah and beberapa dak lelaki adela cakap-cakap sikit.. ucap terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis and blaa..blaa.. blaa....

Haa!! nak tau tak aku dapat hadiah apa??? Jeng..jeng..jeng.. hehehe~ hadiah aku nombor 23 32 sebenarnya. Dari lelaki rasenya...

 

Haa hahaha~ ni la hadiah-hadiah yang aku dapat. Thanx ea :) Topup free 2..







Monday 28 November 2011

Ada ape pada jam pasir ('_'?)

Jam pasir.. hmmmm~ knape p0n. Leh wat hiasan 2~ lawa k0t. Warna-warni lagi 2~


s0, apa yang korang nampak pada jam pasir nie?? "jam la.. knape pon"('_'??). haishh~ ce try teng0k gune mata hati as a muslim. So, pe yang korang nampak?? "Grrrr~ pe yang ko cube nak cakap haa!! bikin wa panasss saja!!". Uik, relax r.. calm d0wn. Smile :)

Hehe.. saje jer suroh korang renung sejenak. Sebenarnya macam-macam pengajaran boleh diambil dari jam pasir nie, bukan setakat jam tau!! Cuba perhatikan betul-betul. Semua pasir itu akan menuju kebawah bukan.?? Tidak kiralah warna apa sekalipun, semua tetap menuju ke satu tempat iaitu BAWAH. Jadi, seperti yang saya katakan tadi, jam pasir ni boleh bawa pengajaran dan sememangnya boleh jadi analogi dalam kehidupan seharian kita semua. Sebenarnya, kehidupan kita as a muslim nie, walau siapa p0n kita, ahli korporat ke, golongan dato' ke, doktor ke, buruh ke, waimma tukang sapu sampah sekali pon tujuan hidup mereka dan kita semua adalah menuju reda Allah. Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, tapi secara tanpa kita sedar atau sememangnya sudah sedia sedar, kehidupan kita semua akan menuju kepada Allah. Hanya satu tujuan sahaja walaupun pada asalnya kita ni terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Hanya lambat atau cepat seseorang itu akan sedar yang kehidupannya akan back to Allah.. itu semua atas usaha diri masing-masing. Sememangnya hidayah itu milik Allah, tetapi jika manusia itu sendiri tidak mahu mancari, bagaimana ia ingin miliki. Samalah juga seperti seorang penganggur yang menunggu hujung bulan untuk dapat gaji, sedangkan dia tidak bekerja, dari mana pula dia mahu mendapatkan gaji. Jadinya, jika dia ingin mendapatkan gaji, dia perlu berusaha mencari pekerjaan terlebih dahulu. Ingatlah Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'du dalam ayat 11 yang bermaksud : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri."

Maka jelaslah disini yang jam pasir ini mampu membawa ibrah kepada kita semua.Sama ada cepat atau lambat kita tetap akan menuju kepada Allah. Maka beruntunglah orang yang mendapat reda Allah.
Dan ketahuilah setiap apa yang ada si muka bumi ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka ambillah pengajaran dari setiap yang ada dan lihatlah segala yang ada dengan mata hati sebagai seorang muslim. Wallahua'lam.

Sunday 27 November 2011

Words 2 inspire

  1. Cinta Allah adalah cinta kekal abadi dan tidak akan luntur
  2. Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras sebagaimana benih tidak akan tumbuh diatas batu.
  3. Berbuat baiklah terhadap ibu dan bapamu, mudah-mudahan anakmu kelak akan berbuat baik kepadamu.
  4. Hari kerja untuk si pemalas adalah esok dan hari bersuka rianya adalah hari ini.
  5. Dengan kesabaran, kita dapat mencapai kejayaan, lebih dari paksaan.
  6. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan. -VINCE LOMBARDI.
  7. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang kedudukannya lebih rendah daripadanya. - CONFUCIUS.
  8. Orang yang dapat menerima kegagalan, dialah yang akan dapat merasai kebahagiaan sejati. - CONFUCIUS.
  9. Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi dan bersikap adil ketika kuat. - ABDUL MALIK MARWAN.
  10. Hati seorang bodoh ada di mulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN.
  11. Melukai hati seseorang mudah, menyembuhkannya kembali susah.
  12. Berusahalah seolah-olah anda akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah seolah-olah anda akan mati keesokan harinya.
  13. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab seumpama pahlawan tanpa senjata.
  14. Walaupun hanya satu kalimah yang diajarnya, dia gurumu.
  15. Wahai orang muda, jangan sangka matimu tua. Wahai orang tua, jangan sangka tidak mati langsung.


Upin Ipin?? iphone 4G?? lalalalaa~

Petang nie tetibe jer rase nak on9 FB. Slalunya lau aku dah on9 pagi.. petang aku da tak on9, tapi disebabkan tetibe hati nie suruh jugak aku on9, s0, aku on9 jer la.. and tup tup aku terbace artikel nie dr sebuah gr0up..

SEBARKAN!! Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku Benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku Suka Israel ." Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud " USA " "I" bermaksud " Israel ".
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon. LAGI SATU : Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan
iPhone 4G. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya
merujuk kepada ' Israel '. 4G pula bermaksud "GOD, GOLD, GLORY and GIRL". kalu kamu benar2 cintakan ALLAH S.W.T dan RASUL S.A.W , sila sebarkan kepada semua Rakan Facebook Anda
 
Haa.. cam 2 la petikan yang aku copy&paste dari fb.. bagi aku la kan.. (nie 0pinion aku jer tau, jika salah betulkanlah). Semua 0rang tau yg upin ipin 2 product malaysian. & name2 yang digunakan juga memang macam kebiasaan sebutan melayu la.. macam perkataan ipin 2 sendrila. aku tak rase yang pembuat kartun ni ade niat nak berkonspirasi 0 whateva yg berhubung kait dengan yahudi. & aq rase, teks diatas dicipta utk menjatuhkan pr0duct malaysia sendri. Orang yang dengki dengan kejayaan orang lain akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan orang yang dibenci 2(nie cara orang pesimisla..jangan ditiru gaya ni). So, lagi sekali aku tekankan kate-kate aku yang penerbit kartun nie tak berniat pon nak menyokong gerakan yahudi atau israel.
Ayah aku pon name Ariffin, and sememangnya orang kampong panggil Ipin. Nenek aku p0n panggil anak dia 2 Ipin gak, & ofcourse la orang kamp0ng serta nenek aku tak berniat langsung nak kaitkan ayah aku dengan Israel. Xde maknenye weyh~
Yang pasal iphone 4G tu pula, setahu aku 4G stand for 4th Generation wireless. So, rasenye tak de kene mengena dengan 4G israel 2.. Tapi tak tahulah kalau pencipta iphone 4G tu memang berniat nak jatuhkan muslim & berkonspirasi dengan Yahudi atau Israel. Wallahua'lam.

Saturday 26 November 2011

Muharram melangkah tiba.

Pejam celik.. pejam celik.. Tahu-tahu dah masuk tahun baru. Seolah-olah baru tersedar yang diri ini sudah lama berada di Bumi ilahi ini. Dunia fana sementara sebelum aku, kamu & kita semua pergi ke alam lain & tempat di mana kita semua akan hidup selama-lamanya. & seolah-olah baru tersedar... 'APA YANG AKU DAH LAKUKAN SEPANJANG UMURKU DI DUNIA INI??'. . .  'APAKAH SUMBANGAN AKU PADA ISLAM??'. . . 'ADAKAH AKU BOLEH MENJAWAB SOALAN PABILA DITANYA APAKAH YANG AKU SUDAH MANFAATKAN DENGAN USIA AKU DI DUNIA??'

& yang paling penting selagi aku masih bernafas di Bumi ilahi ini.. Adakah aku melakukan perubahan keatas diriku agar menjadi orang yang sentiasa melakukan penambahbaikan. InsyaAllah, aku sentiasa mencuba untuk terus kearah kebaikan kerana Saidina Umar r.a juga pernah mengungkapkan kata yang bermaksud : "Maka celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini."

Setiap perubahan yang dilakukan juga mestilah atas effort sendiri. Hal ini Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'du ayat 11 yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, kecuali mereka sendiri yang mengubahnya." Maka, jika kita ingin sesuatu yang baik, kita sendirilah yang perlu membentuknya. & setelah berusha bersungguh-sungguh, bersoa & bertawakkallah kepada Allah. Wallahua'lam.

Friday 25 November 2011

Bergelojaknya nafsu

Memang kerap terpacul dari mulut manusia, umur remaja ialah umur dimana nafsu sedang cuba sedaya upaya untuk bermaharaja lela. Ketika baya inilah anak-anak remaja akan mencuba segala-galanya kerana sifat ingin tahu mereka sedang membuak-buak. Oleh itu jika mereka tersilap langkah, mereka akan terjebak ke lembah kehinaan & mereka akan kekal didalamnya jika tiada kesedaran atau tiada siapa yang mahu menarik mereka untuk meneruskan perjalanan di jalan yang lurus.

Analogi sifat remaja ini boleh dianggap seperti kejadian jari manusia. . . . .


Anggap sahaja jari ibu sebagai form 1, jari telunjuk : form 2 dan seterusnya...
Perkara yang dapat dibayangkan disini ialah pada peringkat pertama iaitu form 1, nafsu awal remaja belum melonjak dan kebiasaannya fikiran awal remaja ini masih kebudak-budakkan. Akan tetapi, pabila usia mereka meningkat ke form 2, nafsu mereka melonjak tinggi & disaat inilah mereka mahu mencuba segala perkara tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. & tahap ketiga pula dimana nafsu mereka kian memuncak. Oleh kerana itulah kebanyakan kes jenayah mahupun berkenaan seks lebih terdorong di peringkat remaja. Akan tetapi, ketika dalam fasa ke 4, kebanyakan remaja telah mula matang & mampu berfikir akan impak yang mendatang dari setiap tingkah lakunya. Maka, perubahan kearah kebaikan akan mula diatur dalam hidupnya sedikit demi sedikit. Maka seterusnya juga begitu. & lama-kelamaan, kematangan seseorang akan membawa dirinya kearah kebaikan.

Sifat suka akan sesuatu yang baik itu adalah fitrah setiap manusia. Seperti contohnya, mana mungkin jika seseorang itu ingin makan buah epal, dia akan memilih epal yang sudah busuk. Sudah semestinya dia dapat berfikir akan kesan yang bakal dihadapi jika dia tetap memilih epal yang busuk itu. Maka akhirnya, epal yang baik keadaannya akan tetap menjadi pilihan. Wallahua'lam.

Penggunaan dirham & dinar.

Sememangnya kesedaran manusia global kini mengenai penggunaan DINAR & DIRHAM kian melonjak. Seperti yang sedia maklum, penggunaan dinar & dirham amatlah berbaloi kerana nilaian emas akan meningkat dari tahun ke tahun, jadi, semamangnya tidak rugi jika penggunaan dinar & dirham ini terus dikuatkuasakan di seluruh dunia.






Satu-satunya matawang yang disebut dalam at-Tanzilulkareem ialah DINAR & DIRHAM.. Seperti dalam surah Ali imran ayat 75 & surah Yusuf ayat 20. Tidak pernah pula saya terbaca dalam tafsir Quran yang menyebut 'DOLAR' / 'BATH' waimma 'RM'. Jadi apa tunggu lagi. Laksanakan lah penggunaan Dinar & Dirham.

Akan tetapi soalan mengapa Malaysia masih tidak mahu menggunakan matawang DINAR & DIRHAM pernah dikemukakan kepada salah seorang Pegawai Syariah Bank Islam. & beliau mengatakan masalah yang bakal dihadapi dinar emas ialah akan berlakunya kadar pengurangan berat. Seperti yang terjadi kepada wang 1 rinngit syiling emas yang ada di malaysia satu ketika dahulu. Katakan berat asal wang itu semasa dikeluarkan ialah 22 gram, akan tetapi selepas mengalami pelbagai proses muamalat & sentuhan tangan pengguna, akhirnya berat wang tersebut hanya tinggal 18 gram. Maka nilaian emas akan berkurangan disitu. Satu masalah lain ialah wang emas tersebut boleh dikikis. Maka, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menjual emas yang telah dikikis tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi. Wallahua'lam.

Thursday 24 November 2011

Adakah benar dia bernama SAHABAT??

Kini aku study di salah sebuah pusat pengajian, sememangnya aku gembira di tempat belajar ku ini. & aku nekad nak ter0s habiskan belajar di sini sahaja, lagipon suasana pembelajaran di sini amat baik, bi'ah solehah p0n masih ditonjolkan oleh setiap pelajar.. senang ceritanya memang aku suka la study kat sini. :)

Yang nak dijadikan ceritanya, satu hari time aku call mak aq, da tanye kaba & borak sgale bagai.. Tetibe mak aku bagi tahu yang aku dapat tawaran sambung belajar di satu tempat lain, tapi ade pr0ses interview dulu lah. Pikir punye pikir punye pikir~ aku pon wat keputusan. Aku cakap ngan mak aku yang aku taknak pergi interview tu (sekaligus menolak tawaran 2 lah). ermm~ Mak aku pon cakap 'xpela kalau kakak taknak'. Ok, then dah bagi salam pe semua, aku pon letaklah gagang fon 2. & tr0s jalani kehidupan cam biase, & yang penting aku dah tak fikir langsung pasal interview 2.

Tapi nak dijadikan ceritanya, hujung minggu depannya, family aku datang melawat aku.. Ofcourse aku happy~ Sape tak happy lau family datang melawat k0t. S0, cam biase r, x kan nak senyap jer kowt family datang jaoh2. Mesti r borak2, makan together-gether.. gurau senda.. huhuhu~. Lepas da dekat sejam family aku datang, diorang pon rase nak balik sebab hari da petang, nak masak kat rumah lagi sgale bagai.. Tapi sebelum kemas2 nak balik, tetibe mak aku bagi aku surat tawaran interview 2, mule lah panjang lebar mak ayah aku bercerita pasal kelebihan masuk situ. Aku dah cakap aku taknak pergi, aku nak tr0skan jer kat sini. Tapi mak ayah aku tak bagi, diorang suruh gak aku pergi.hmmmm~ aku pon 0K jerla. yerla, takkan nak melawan kot, syurga seorang anak kan dibawah telapak kaki ibu. Lagi pon kalau aku tetap berdegil nak terus belajar kat sini tapi kalau tak dapat keberkatan ibu bapa tidak guna jugak kan.. yerla kan redallahu fi redalwalidain. Kalau menuntut ilmu,tapi xde keberkatan Allah & parents kan xde sebarang erti 2. So aku ambek keputusan, aku pergi jer la interview 2, interview jer p0n, belum tentu dapat sambung belajar kat sane ke x... .

Interview 2 hari Rabu, so aku terpaksalah minta kebenaran balik bermalam. Kalau dah aku buat macam 2, maksudnya semua kawan2 aku tau la yang aku mintak cuti. So, aku pon kene la st0ry kat diorang semua ape yang sedang terjadi sebenarnya. Kawan2 aku yang pelbagai ragam 2 ape lagi.. ade yang bagi sokongan (sebab diorang tahu yang aku dipaksa oleh ibubapa aku untuk pergi). & ade jugak yang tak bagi aku pindah (dah sayang aku katenye~ taknak kehilangan kawan). Biasela 2~ name p0n manusia, macam2 ragam. Tapi aku tenangkan dia, aku cakaplah aku cume pergi interview jer, belum tentu dapat.. lau tak dapat maksudnya aku stay kat sini la.~

Bila da waktunya untuk aku berangkat pulang ke pangkuan ibu bapa.. memandangkan ayah aku p0n da datang menjemput.. Aku sempat salam dengan beberapa kawan sebilik jer.. and sudah semestinya ade yang terus-menerus give support and yang tak berapa nak bag0snye, ade jugak yang still membangkang keputusan aku untuk pergi temuduga 2.

Sampai situ jerla ceritanya~~

Cume ape yang aku nak kongsikan disini.. Aku pelik. Kalau betul seseorang 2 anggap kawannya sebagai sahabat, sepatotnya dia doakan yang terbaik bukan membangkang keputusan yang telah dibuat.. kan doa yang baik dari seorang sahabat itu tidak dihijab. Kenapa perlu membangkang keputusan sahabat semata-mata taknak kehilangan seorang sahabat. 2 PENTINGKAN DIRI SENDIRI NAMANYA. Kalau Allah dah kata tempat 2 terbaik untuk sahabatnya.. Maka tempat 2 lah yang bakal dituju. Cuma satulah yang aku amat terkilan.. ITUKAH YANG WAJAR DIGELAR SAHABAT?? INSAN YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI 2 SAHABATKAH??? Jika benar sahabat.. sepatotnya doakan lah yang terbaik untuk sahabatnya.

Maksud hadis Qudsi, "Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa."   Wallahua'lam.