Friday 25 November 2011

Bergelojaknya nafsu

Memang kerap terpacul dari mulut manusia, umur remaja ialah umur dimana nafsu sedang cuba sedaya upaya untuk bermaharaja lela. Ketika baya inilah anak-anak remaja akan mencuba segala-galanya kerana sifat ingin tahu mereka sedang membuak-buak. Oleh itu jika mereka tersilap langkah, mereka akan terjebak ke lembah kehinaan & mereka akan kekal didalamnya jika tiada kesedaran atau tiada siapa yang mahu menarik mereka untuk meneruskan perjalanan di jalan yang lurus.

Analogi sifat remaja ini boleh dianggap seperti kejadian jari manusia. . . . .


Anggap sahaja jari ibu sebagai form 1, jari telunjuk : form 2 dan seterusnya...
Perkara yang dapat dibayangkan disini ialah pada peringkat pertama iaitu form 1, nafsu awal remaja belum melonjak dan kebiasaannya fikiran awal remaja ini masih kebudak-budakkan. Akan tetapi, pabila usia mereka meningkat ke form 2, nafsu mereka melonjak tinggi & disaat inilah mereka mahu mencuba segala perkara tanpa mengambil kira kesan yang bakal dihadapi. & tahap ketiga pula dimana nafsu mereka kian memuncak. Oleh kerana itulah kebanyakan kes jenayah mahupun berkenaan seks lebih terdorong di peringkat remaja. Akan tetapi, ketika dalam fasa ke 4, kebanyakan remaja telah mula matang & mampu berfikir akan impak yang mendatang dari setiap tingkah lakunya. Maka, perubahan kearah kebaikan akan mula diatur dalam hidupnya sedikit demi sedikit. Maka seterusnya juga begitu. & lama-kelamaan, kematangan seseorang akan membawa dirinya kearah kebaikan.

Sifat suka akan sesuatu yang baik itu adalah fitrah setiap manusia. Seperti contohnya, mana mungkin jika seseorang itu ingin makan buah epal, dia akan memilih epal yang sudah busuk. Sudah semestinya dia dapat berfikir akan kesan yang bakal dihadapi jika dia tetap memilih epal yang busuk itu. Maka akhirnya, epal yang baik keadaannya akan tetap menjadi pilihan. Wallahua'lam.

No comments: