Monday 28 November 2011

Ada ape pada jam pasir ('_'?)

Jam pasir.. hmmmm~ knape p0n. Leh wat hiasan 2~ lawa k0t. Warna-warni lagi 2~


s0, apa yang korang nampak pada jam pasir nie?? "jam la.. knape pon"('_'??). haishh~ ce try teng0k gune mata hati as a muslim. So, pe yang korang nampak?? "Grrrr~ pe yang ko cube nak cakap haa!! bikin wa panasss saja!!". Uik, relax r.. calm d0wn. Smile :)

Hehe.. saje jer suroh korang renung sejenak. Sebenarnya macam-macam pengajaran boleh diambil dari jam pasir nie, bukan setakat jam tau!! Cuba perhatikan betul-betul. Semua pasir itu akan menuju kebawah bukan.?? Tidak kiralah warna apa sekalipun, semua tetap menuju ke satu tempat iaitu BAWAH. Jadi, seperti yang saya katakan tadi, jam pasir ni boleh bawa pengajaran dan sememangnya boleh jadi analogi dalam kehidupan seharian kita semua. Sebenarnya, kehidupan kita as a muslim nie, walau siapa p0n kita, ahli korporat ke, golongan dato' ke, doktor ke, buruh ke, waimma tukang sapu sampah sekali pon tujuan hidup mereka dan kita semua adalah menuju reda Allah. Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, tapi secara tanpa kita sedar atau sememangnya sudah sedia sedar, kehidupan kita semua akan menuju kepada Allah. Hanya satu tujuan sahaja walaupun pada asalnya kita ni terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Hanya lambat atau cepat seseorang itu akan sedar yang kehidupannya akan back to Allah.. itu semua atas usaha diri masing-masing. Sememangnya hidayah itu milik Allah, tetapi jika manusia itu sendiri tidak mahu mancari, bagaimana ia ingin miliki. Samalah juga seperti seorang penganggur yang menunggu hujung bulan untuk dapat gaji, sedangkan dia tidak bekerja, dari mana pula dia mahu mendapatkan gaji. Jadinya, jika dia ingin mendapatkan gaji, dia perlu berusaha mencari pekerjaan terlebih dahulu. Ingatlah Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'du dalam ayat 11 yang bermaksud : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri."

Maka jelaslah disini yang jam pasir ini mampu membawa ibrah kepada kita semua.Sama ada cepat atau lambat kita tetap akan menuju kepada Allah. Maka beruntunglah orang yang mendapat reda Allah.
Dan ketahuilah setiap apa yang ada si muka bumi ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka ambillah pengajaran dari setiap yang ada dan lihatlah segala yang ada dengan mata hati sebagai seorang muslim. Wallahua'lam.

No comments: