Saturday 26 November 2011

Muharram melangkah tiba.

Pejam celik.. pejam celik.. Tahu-tahu dah masuk tahun baru. Seolah-olah baru tersedar yang diri ini sudah lama berada di Bumi ilahi ini. Dunia fana sementara sebelum aku, kamu & kita semua pergi ke alam lain & tempat di mana kita semua akan hidup selama-lamanya. & seolah-olah baru tersedar... 'APA YANG AKU DAH LAKUKAN SEPANJANG UMURKU DI DUNIA INI??'. . .  'APAKAH SUMBANGAN AKU PADA ISLAM??'. . . 'ADAKAH AKU BOLEH MENJAWAB SOALAN PABILA DITANYA APAKAH YANG AKU SUDAH MANFAATKAN DENGAN USIA AKU DI DUNIA??'

& yang paling penting selagi aku masih bernafas di Bumi ilahi ini.. Adakah aku melakukan perubahan keatas diriku agar menjadi orang yang sentiasa melakukan penambahbaikan. InsyaAllah, aku sentiasa mencuba untuk terus kearah kebaikan kerana Saidina Umar r.a juga pernah mengungkapkan kata yang bermaksud : "Maka celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini."

Setiap perubahan yang dilakukan juga mestilah atas effort sendiri. Hal ini Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'du ayat 11 yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, kecuali mereka sendiri yang mengubahnya." Maka, jika kita ingin sesuatu yang baik, kita sendirilah yang perlu membentuknya. & setelah berusha bersungguh-sungguh, bersoa & bertawakkallah kepada Allah. Wallahua'lam.

No comments: