Friday 25 November 2011

Penggunaan dirham & dinar.

Sememangnya kesedaran manusia global kini mengenai penggunaan DINAR & DIRHAM kian melonjak. Seperti yang sedia maklum, penggunaan dinar & dirham amatlah berbaloi kerana nilaian emas akan meningkat dari tahun ke tahun, jadi, semamangnya tidak rugi jika penggunaan dinar & dirham ini terus dikuatkuasakan di seluruh dunia.






Satu-satunya matawang yang disebut dalam at-Tanzilulkareem ialah DINAR & DIRHAM.. Seperti dalam surah Ali imran ayat 75 & surah Yusuf ayat 20. Tidak pernah pula saya terbaca dalam tafsir Quran yang menyebut 'DOLAR' / 'BATH' waimma 'RM'. Jadi apa tunggu lagi. Laksanakan lah penggunaan Dinar & Dirham.

Akan tetapi soalan mengapa Malaysia masih tidak mahu menggunakan matawang DINAR & DIRHAM pernah dikemukakan kepada salah seorang Pegawai Syariah Bank Islam. & beliau mengatakan masalah yang bakal dihadapi dinar emas ialah akan berlakunya kadar pengurangan berat. Seperti yang terjadi kepada wang 1 rinngit syiling emas yang ada di malaysia satu ketika dahulu. Katakan berat asal wang itu semasa dikeluarkan ialah 22 gram, akan tetapi selepas mengalami pelbagai proses muamalat & sentuhan tangan pengguna, akhirnya berat wang tersebut hanya tinggal 18 gram. Maka nilaian emas akan berkurangan disitu. Satu masalah lain ialah wang emas tersebut boleh dikikis. Maka, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menjual emas yang telah dikikis tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi. Wallahua'lam.

No comments: