Sunday 27 November 2011

Words 2 inspire

  1. Cinta Allah adalah cinta kekal abadi dan tidak akan luntur
  2. Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras sebagaimana benih tidak akan tumbuh diatas batu.
  3. Berbuat baiklah terhadap ibu dan bapamu, mudah-mudahan anakmu kelak akan berbuat baik kepadamu.
  4. Hari kerja untuk si pemalas adalah esok dan hari bersuka rianya adalah hari ini.
  5. Dengan kesabaran, kita dapat mencapai kejayaan, lebih dari paksaan.
  6. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan. -VINCE LOMBARDI.
  7. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang kedudukannya lebih rendah daripadanya. - CONFUCIUS.
  8. Orang yang dapat menerima kegagalan, dialah yang akan dapat merasai kebahagiaan sejati. - CONFUCIUS.
  9. Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi dan bersikap adil ketika kuat. - ABDUL MALIK MARWAN.
  10. Hati seorang bodoh ada di mulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN.
  11. Melukai hati seseorang mudah, menyembuhkannya kembali susah.
  12. Berusahalah seolah-olah anda akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah seolah-olah anda akan mati keesokan harinya.
  13. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab seumpama pahlawan tanpa senjata.
  14. Walaupun hanya satu kalimah yang diajarnya, dia gurumu.
  15. Wahai orang muda, jangan sangka matimu tua. Wahai orang tua, jangan sangka tidak mati langsung.


No comments: