Ada seorang hamba Allah
perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang
yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin
mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia
dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang
Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat
menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang
yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati
Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh
cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan
peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga
batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta
berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan
lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila
menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi
situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini
bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi
situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat.
Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda
menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama,
lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar
lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan,
tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar
dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan
pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina.
Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku.
Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah
berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul,
dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan
mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah
agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil
Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke
hapa”
Dan 1001 macam lagi yang
biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam
hati.
Kenapa? Kenapa kita
senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang
dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan
dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka
dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di
belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi
dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik
mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama,
takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’
Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini
satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara
tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang
mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf
MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah
MANUSIA.
Bila namanya manusia,
pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk
dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia
ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di
atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia
mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu,
dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di
sini.
Tiada siapa yang bergerak
menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka
juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan
kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita
tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian
terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang
hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya
mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka,
mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci
manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah
menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati
‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan,
ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang
memahami
Kadangkala, ada something
yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari
sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni,
melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu
bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang
dan rasional.
Siapa yang pergi
mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan
mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang
berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya
la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita
terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak
kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa
perkongsian.
Bila terjadi perkara
sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada
harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak
dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan
dia.
Sebenarnya, kita pun
sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak
kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan
baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu
bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak
orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula,
manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap
sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah,
tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin
mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami
maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami
bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita,
kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung
labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita
tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling
besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil
memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita
rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri,
kena tegurlah juga.
Apa barang bai main
kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia
mesti faham”
Kalau macam itu, budak
agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar
la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua
mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok
kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak
mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka
meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa
kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab
mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan
hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat,
ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu.
Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada
macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai
gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan
sekali.
Berkali-kali. Sampaila
terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari
barat.
4. Dia berubah.
Selagi
tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam
memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau
plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak
boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan
begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada
kita.
“Tapi
dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah.
“Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh,
jangan cakap belakang sahaja.
Rapati
dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang
faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya,
menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak
kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
No comments:
Post a Comment