Uwais al-Qarni?? Siapakah dia?? Biasa ku dengar nama ini, tetapi sedikitpun kisah hidupnya tidak pernah aku ketahui. Sehinggalah ada seorang guru bernama Ustaz Zainal Fitri bercerita mengenainya ketika di perhimpunan.
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang
tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh,
terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah
begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal
dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan
ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk
pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan
mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya
“Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu,
ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat
sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah
tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik
ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal”
untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya
dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu
makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila.
Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap
hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam
bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke
Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang
beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang
berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan
kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di
Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan
kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia
“ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais
menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa
ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais
menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu
redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan
sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa
kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah,
macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau
nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau
berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan
putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia
takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana
ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini
melainkan tinggalkan sedikit”
Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya
kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau
bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada
nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar
jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka
nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak
dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa
dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal
dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia
telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa
dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment