Monday 6 June 2011

HLOVATE! love u lah~

Ayat-ayat bez nie sume dr C0NTENGAN JALANAN - HLOVATE <3


  • Masa tidak pernah menunggu manusia. 
  • Seni itu tiada sempadan, skema atau garisan.
  • Kalau bersama-sama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan,itu baru namanya kawan sepanjang zaman.
  • Cinta pada seni memang mudah, cinta yang tidak perlu bersambut dan rasanya tetap indah.
  • kadang-kadang rasa itu tidak mampu untuk ditulis oleh huruf dan titik, tetapi boleh diterjemah oleh not2 muzik.
  • Sedangkan bangau merantau p0n pulang mencari kerbau, inikan pula anak dagang yang tinggalkan kampung halaman di tanah seberang.
  • The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
  • Happiness is a nothingness without completeness.
  • Yang nyata, kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tidak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa.
  • One who fails to plan is planning to fail.
  • Jika somebody itu hanya serahkan segalanya kepada takdir tanpa membuat sebarang ikhtiar sama sahaja seperti 'Semua orang tahu yg dia bakal mati. Buat apa sekalipun, kesudahannya akan mati juga, maka baik tidak perlu berbuat apa-apa, duduk diam sahaja menunggu mati.'
  • Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga menjadi sebab untuk berputih mata jika itu hajat yang tidak kesampaian sebelum tinggalkan dunia???
  • Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang2 terlupa diri ini hendak ke mana.
  • Peluang dalam hidup ini sama seperti kereta api, perlu digapai ketika dia berhenti sementara didepan mata, terlewat sesaat... makan asap la jawabnya.
  • Kena merancang masa hadapan jika hendak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat, hanya sebagai alat.
  • Jika ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu hanyalah ungkapan yang tidak bermakna apa-apa.
  • Hidup tanpa cita-cita itu bermakna hidup yang sia-sia.
  • Art is not meant to be understood, it is meant to be appreciated.
  • Semua orang sebenarnya sama sahaja, tiada beza. Tapi, kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.
  • Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tetapi berendam air mata.
  • Sungguhlah orang kata, nikmat yang ada xkan terasa selagi ianya tidak lenyap daripada depan mata.
  • Kerja bukan lagi dikatakan beban kalau dah itu memang benda yang kita suka lakukan.
  • Jika kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.
  • Kalau orang kata hendak buang tatu tu sakit, hendak buang 'tatu' dosa di hatitu lagi perit.
Hmmm.... stakat nie jer la dulu.. aq da pnat la. nanti2 aq sambung balik ter.. insyaAllah :)

No comments: